Realme Malaysia Bakal Hadir Dengan Beberapa Produk Baharu Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Okt 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme sedia hadir dengan penawaran pelbagai kelengkapan rumah pintar buat pengguna Malaysia. Terkini, mereka dilihat dalam perancangan untuk memperluaskannya lagi dengan pengenalan beberapa lagi produk baharu. Perkara ini diumumkan oleh pihak Realme menerusi perkongsian terkini di laman Facebook rasmi, sebentar tadi.

Melaluinya, Realme TechLife Air Purifier, Realme TechLife Handheld Vacuum, Realme TechLife Robot Vacuum, Realme HairDryer, Realme Beard Trimmer Plus dan beberapa lagi produk lain akan diperkenalkan. Acara pelancaran untuk kesemua produk berkenaan bakal diadakan secara atas talian pada 7 Oktober 2021 menerusi laman Facebook Realme Malaysia bermula jam 12 tengah hari. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut.

Kebanyakan produk tersenarai bagaimanapun telah dilancarkan terlebih dahulu di beberapa pasaran luar. Bagi bercakap serba sedikit mengenainya, Realme TechLife Air Purifier menggunakan rekaan yang biasa boleh ditemui pada sejumlah penapis udara di pasaran. Ia juga mempunyai nilai CADR tinggi 330m³/j yang menunjukkan output udara bersih mencapai 330-meter. Seterusnya, Realme TechLife Air Purifier turut dilengkapi sistem penapis H12 HEPA tiga tahap yang berupaya menapis kandungan udara PM 2.5 sehingga 99.95%. Ini termasuklah debu, rambut dan lain-lain.

Seterusnya, Realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner. Ia pula merupakan vakum mudah-alih nirwayar pintar yang dilengkapi kuasa sedutan 140W pada kelajuan 10,500RPM dengan kekuatan maksimum 9.5KPa. Ia juga mempunyai penapis HEPA canggih dan ia diperbuat daripada bahan mesra alam serta boleh digunakan semula selepas dicuci. Melengkapinya adalah 5 lampu LED yang berfungsi sebagai penunjuk tahap bateri. Selain, bateri 2,200mAh yang diiklankan mampu berfungsi mencapai 40 minit lamanya.

Realme TechLife Robot Vacuum Cleaner pula merupakan sebuah robot hampagas yang dilengkapi sensor LiDAR dengan kemampuan berpusing 360 darjah. Melaluinya juga, ia berupaya menyesuaikan jenis pembersihan yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran. Seterusnya, ia juga dilengkapi bateri 5,200 mAh, ruang tempat simpanan sampah berkapasiti sehingga 600 ML dan motor dengan kadar kelajuan sedutan 3,000Pa.

Kemudian, Realme Hair Dryer pula hadir dengan reka bentuk minimalis bersama pilihan bewarna putih. Ia kemudiannya dilengkapi dengan motor 1400W dan kipas yang menghasilkan udara sepantas 13.8m/s. Bagi mereka yang bimbang akan kerosakan rambut, Realme Hair Dryer boleh beroperasi pada suhu 55°C dan kebawah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami