Donald Trump Memfailkan Injunksi Supaya Akaun Twitter Beliau Dikembalikan

Diterbitkan pada Okt 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akaun Twitter Donald Trump telah digantung selama-lamanya pada 6 Januari tahun ini selepas akaun beliau didapati bersalah menggalakkan rusuhan sekaligus melanggar terma dan syarat platform mengenai unsur ganas. Pada waktu yang sama akaun Facebook, Snapchat dan Instagram beliau juga telah digantung atas sebab yang sama. Akibatnya Trump terpaksa menggunakan blog untuk menyampaikan mesej peribadi sebelum ia turut ditutup kerana kurangnya sambutan.

Tetapi selepas lebih lapan bulan digantung, Trump telah memfailkan injuksi di mahkamah Florida bagi memaksa Twitter mengembalikan semua akaun milik beliau menurut laporan Reuters. Beliau mendakwa Twitter menghalang hak kebebasan pertama milik hak kesemua rakyat Amerika Syarikat yang termaktub di perlembagaan negara. Semasa beliau masih lagi presiden, Twitter tidak menggantung akaun beliau sungguhpun ia beberapa kali melanggar terma dan syarat laman. Semasa masih aktif, Trump mempunyai hampir 90 juta pengikut di Twitter.

komen


© Amanz / 2022 Kami