Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A52s 5G menjadi peranti pertama Samsung dengan ciri RAM Plus yang menambah memori secara maya. Peranti seterusnya yang menerima ciri RAM Plus ialah Samsung Galaxy Z Fold3 yang menerima tambahan memori maya sebanyak 4GB RAM.

Ciri ini diberikan menerusi kemas kini peranti hujung minggu lalu. Ia turut telah diterima peranti untuk pasaran Malaysia yang telah kami gunakan sejak hampir sebulan yang lalu. Ia diaktifkan secara rasmi selepas kemas kini dilakukan dan sekaligus menjadikan Z Fold3 sebahagian kecil peranti di Malaysia yang mempunyai 16GB RAM untuk digunakan. RAM Plus mengambil sebahagian storan untuk digunakan sebagai RAM. Selain Samsung Xiaomi, Oppo dan Realme adalah antara syarikat yang telah menyertakan ciri ini pada peranti keluaran mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd