Maybank2U Tidak Menyokong SMS TAC Untuk Transaksi Melebihi RM2000 Bermula 6 Oktober

Diterbitkan pada Okt 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maybank kini mengumumkan yang mana bermula daripada 6 Oktober 2021 kelak, Maybank2U tidak lagi akan menyokong kaedah pengesahan berasaskan SMS TAC untuk transaksi melangkaui RM2,000.

Untuk tujuan berkenaan, pengguna akan perlu menggunakan kaedah pengesahan berasaskan kepada SecureTAC.

Ciri SecureTAC ditawarkan melalui aplikasi Maybank2U dan juga MAE, memberikan lebih keselamatan, selain menjadi alternatif kepada pengesahan berasaskan SMS TAC.

Bagi pengguna Maybank2U, anda diminta mengaktifkan ciri Secure2u ini dan menggunakannya dalam mengesahkan sebarang transaksi melangkaui RM2000 bermula 6 Oktober 2021 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami