Lenovo Membangunkan Konsol Permainan Mudah-Alih Berasaskan Android – Lenovo Legion Play

Diterbitkan pada Okt 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lenovo kini dilihat sedang membangunkan sebuah konsol permainan mudah-alih berasaskan Android, dinamakan sebagai Lenovo Legion Play.

Melalui gambar yang tertiris, ia memperlihatkan rekaan seumpama pelbagai konsol mudah-alih yang lain, dan menariknya ia berasaskan Android. Info tertiris melalui laman web Lenovo mengatakan ia hadir dengan skrin 70inci, menyokong HDR10, dwi-speaker, dan juga bateri 7000mAh.

Lenovo Legion Play dikatakan boleh membolehkan pengguna memainkan permainan berasaskan awan atau memainkan sebarang permua melaluinya.

Gambar tertiris juga memperlihatkan rekaan antaramuka khusus dioptimasikan untuk permainan, dengan akses kepada GeForceNow, dan juga kebolehan muat-turun daripada Google Play Store.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Lenovo masih merancang untuk memperkenalkan peranti ini atau tidak. Melalui apa yang tertiris, pelbagai gambar ini hadir melalui laman web Lenovo untuk MWC 2021 yang lepas – dimana mereka sepatutnya memperkenalkan peranti-peranti ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami