Samsung Mengesahkan GPU Exynos Akan Menyokong Ray Tracing

Diterbitkan pada Okt 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerjasama Samsung dan AMD akan membuahkan hasil tahun hadapan apabila cip Exynos 2200 yang amatlah dinantikan akan mula digunakan pada peranti keluaran mereka. Pelbagai spekulasi mengenai prestasi cip ini mula dilaporkan tetapi kini Samsung sendiri mengesahkan ciri Ray Tracing akan diberikan menerusi GPU Exynso yang bakal digunakan.

Setakat ini ciri Ray Tracing hanya digunakan pada kad grafik kelas mercu serta konsol generasi semasa seperti PlayStation 5. Dengan ciri ini pencahayaan yang lebih realistik akan dapat dinikmati pada permua kerana setiap pantulan cahaya akan dapat dikira oleh peranti dengan pantas. Dengan era Ray Tracing akan mula ke permua, masa depan telefon pintar dan peranti mudah alih sebagai platform permainan video paling popular akan semakin berkembang.

Tidak mengejutkan apabila melihat syarikat besar seperti Nintendo, Sony, dan EA mula memberikan perhatian kepada permua kerana ia menjana pendapatan yang paling tinggi dengan kos pembangunan lebih rendah. Jika dahulu konsol dipersalahkan menyebabkan kualiti grafik PC menurun, mungkin peranti mudah alih pula dipersalahkan dalam masa terdekat.

Sumber Exynos Weibo

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami