Android 12 Kini Mencapai Fasa Stabil – Bakal Hadir Ke Peranti Anda Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hari ini, Google akhirnya telah mengumumkan versi akhir dan stabil untuk Android 12, sekaligus telah mula menawarkannya dalam bentuk AOSP kepada semua pengeluar.

Pihak Google turut mengatakan Android 12 akan hadir ke peranti-peranti sedia ada dipasaran dalam minggu-minggu akan datang, bermula dengan Google Pixel.

Peranti lain yang turut diumumkan akan menerimanya sebelum penghujung tahun ini adalah Samsung Galaxy, OnePlus, Oppo, Realme, Tecno, Vivo dan juga Xiaomi.

Android 12 menawarkan sejumlah perkara baru. Antaranya adalah sokongan antaramuka baharu dinamakan Material You, rekaan widget yang dikemaskini, kemaskini pada antaramuka notifikasi, selain privasi yang lebih ditekankan.

Google turut mengatakan kini Android 12 lebih pantas dan efisien, selain lebih menawarkan responsif pada bahagian notifikasi, selain sokongan pembelajaran mesin yang pantas.

Para pembangun aplikasi boleh mula menyediakan aplikasi mereka supaya menyokong Android 12 dengan mengambil kelebihan sejumlah ciri-ciri baharu.

Sama-sama kita nantikan pelbagai peranti kita menerima Android 12 dalam bulan-bulan akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami