Facebook, Instagram, Dan WhatsApp Kembali Beroperasi Selepas Menghilang Selama 6 Jam

Diterbitkan pada Okt 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook telah mengalami masalah untuk diakses sejak daripada lewat malam semalam, membuatkan perkhidmatan seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger sukar untuk diakses. Ia mengambil masa sekitar sehingga 6 jam untuk masalah berkenaan diselesaikan, dan kini ia telah mula beroperasi seperti biasa kembali secara berperingkat.

Masalah untuk diakses ini dikatakan dihadapi apabila kemaskini BGP yang tidak lengkap, sekaligus membuatkan ia menghadapi masalah informasi berkaitan DNS yang membolehkan rangkaian mengakses Facebook dan perkhidmatan dibawah mereka.

BGP adalah Border Gateway Protocol, yang membolehkan pelbagai rangkaian menemui sesuatu penyedia untuk pemindahan paket data. Dalam kes ini, apabila kemaskini BGP yang dilakukan Facebook menghadapi masalah, ia sekaligus membuatkan Facebook tidak memperlihatkan kehadiran mereka, dan membuatkan paket data dihantar – sekaligus pelbagai penyedia internet dan rangkaian tidak boleh menemui rangkaian Facebook untuk berhubung.

Pihak Facebook meminta maaf kepada semua yang terkesan – termasuk perniagaan yang menggunakan platform mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami