Anda Kini Boleh Ubah Maklumat Masa Dan Tarikh Gambar Di Google Photos

Diterbitkan pada Okt 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Photos tidak dinafikan adalah antara aplikasi galeri yang terbaik. Ia padat dengan fungsi dan ciri menarik, menyokong sandaran automatik, boleh menghasilkan memori untuk imbau kenangan silam dan banyak lagi.

Selepas sekian lama diminta pengguna, iaitu kemampuan mengubah masa dan tarikh pada sesuatu gambar akhirnya Google membawakan ciri ini kepada Google Photos Google Photos 5.61.0.400291431.

Secara asasnya ia mengubah metadata imej dan pengguna boleh ubah waktu dan tarikh yang ada pada gambar tersebut untuk tujuan sembunyikan dalam Google Photos, cipta memori palsu atau kegunaan lain yang mungkin memudahkan pengguna.

Kemaskini Google Google Photos baru-baru ini juga membawakan rekaan antaramuka Material You yang lebih cantik dan kemas digunakan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami