Black Shark Lucifer T1 Kini Di Malaysia – TWS Gaming Yang Berharga RM169

Diterbitkan pada Okt 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Black Shark adalah jenama telefon pintar yang memfokuskan permua. Seperti Asus ROG, Red Magic atau juga Lenovo Legion – mereka juga ada ekosistem aksesori untuk menjadikan pengalaman bermain lebih memuaskan.

Selepas pelbagai aksesori penyejuk, aksesori audio, kerangka, kabel dan banyak lagi ditawarkan kepada pengguna Black Shark di Malaysia – terkini mereka menawarkan TWS pula iaitu Black Shark Lucifer T1.

Set fon telinga nirwayar sebenar ini menggunakan pemacu audio 10mm yang memfokuskan clarity, bass dan butiran. Ia juga menyokong Bluetooth 5.2 untuk sokongan sela masa serendah 55ms dalam mod gaming.

Black Shark menggunakan rekaan Dual-Mode, yang boleh mengubah profil audio antara muzik dan permua. Turut tersedia adalah lampu RGB untuk menyerlahkan lagi tema gaming. Untuk perlindungan terdapat sokongan IPX4, dan turut mempunyai ketahanan bateri sehingga 35 jam.

Black Shark Lucifer T1 dijual pada harga hanya RM169 dan sudah mula dijual di Shopee dan Lazada rasmi mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami