Carian
Hadiah Nobel Fisiologi Atau Perubatan Dianugerahkan Kepada Saintis Yang Menemukan Reseptor Sentuhan
October 5, 2021 Effi Saharudin

Bukan lagi misteri bahawa pada bahagian kulit terdapat reseptor yang mengesan sentuhan. Kita sudah mengetahui mengenai fakta ini sejak di bangku sekolah rendah lagi semasa belajar mengenai deria rasa. Tetapi bagi ahli saintis, mereka ingin mengetahui di mana letaknya reseptor dan bagaimana isyarat dihantar ke otak. Jawapannya ditemukan oleh David Julius dan Ardem Patapoutian yang telah dianugerahkan Hadiah Nobel untuk bidang fisiologi atau perubatan 2021.

David Julis dan pasukannya menemukan reseptor TRPV1 yang mengesan kesakitan akibat haba. Di makmal sel didedahkan kepada kompaun capsaicin yang wujud pada cili. Gen TRPV1 didapati menunjukkan reaksi apabila mengesan suhu melebihi 43 °C. Satu saluran ion kemudian akan dibuka untuk menghantar isyarat kesakitan ke otak.

PenemuanTRPV1 membawa pula kepada penemuan reseptor suhu TRPM8 yang mengesan sejuk oleh Ardem Patapoutian. Beliau turut menemukan reseptor tekanan yang diberikan nama Piezo1 dan Piezo2. Kesemua saluran yang ditemukan ini adalah penting untuk deria sentuh serta proses mengawal tekanan darah dan respirasi.

Sumber Nobel

Komen