Cari @ Amanz

YouTube seringkali secara senyap menguji ciri baharu pada platform mereka. Biasanya, mereka uji melalui YouTube Experiment di laman youtube.com/new – tetapi ada juga yang mereka terus edarkan kepada semua pengguna melalui ujian A/B.

Antara yang sudah lama saya dapat gunakan adalah kemampuan sambung tonton video YouTube di web, jika tidak habis ditonton pada iPad, iPhone atau telefon-telefon Android saya. Misalnya, sedang saya tonton video pada telefon pintar dan saya jedakan video tersebut.

Saya boleh buka mana-mana pelayar web dan layari laman web YouTube, akan ada pemain video mini terpapar di hujung skrin bawah dengan teks Continue watching. Di minit mana saya jeda, di situlah saya dapat sambung tonton video yang sama.

Ciri ini dilihat sudah diedarkan secara lebih meluas dan adalah satu ciri yang cukup baik dan menarik. Ia seakan Netflix yang mana turut mempunyai ciri yang sama. Adakah anda sedari ciri ini sepanjang menggunakan YouTube? Apa pendapat anda mengenainya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd