Carian
ZTE Blade A71 Akan Tiba Ke Pasaran Malaysia Bulan Ini
October 5, 2021 Fahim Zahar

ZTE Blade adalah siri peranti kelas permulaan yang cukup popular pada satu masa dahulu. Dengan kembalinya peranti ZTE di pasaran Malaysia, mereka juga ingin kembali bersaing dengan jenama-jenama lain dalam pelbagai kategori telefon pintar.

Selepas melancarkan ZTE Axon 30 Ultra 5G, yang telah pun kami ulas. ZTE Malaysia mengesahkan kepada kami yang ZTE Blade A71 turut akan dilancarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Peranti ini hadir dengan skrin HD+ LCD bersaiz 6.52-inci, mempunyai pengimbas cap jari di sisi, dan menggunakan konfigurasi tri-kamera 8+16+2 Megapixel.

Untuk bateri ia menggunakan saiz 4000mAh dan menawarkan warna kelabu, biru dan hijau. Rekaan peranti dikatakan memfokuskan kepada penggunaan yang lebih ergonomik dan selesa di tangan. Walau bagaimanapun, spesifikasi lain masih belum diumumkan lagi seperti cip pemprosesan, kuasa pengecasan, dan lain-lain.

Harga jualan akan diumumkan kelak, tetapi mereka menyatakan pra-tempahan akan bermula pada 13-17 Oktober akan datang. Sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini.

Komen