Komputer riba Honor MagicBook 15 AMD kini sudah boleh dipratempah di Malaysia pada harga promosi RM2499 sebuah yang merupakan pengurangan RM200 dari harga jualan asal RM2699. Di Malaysia hanya model ini dalam warna Mystic Silver ditawarkan.

Komputer riba hadir dengan skrin 15.6″ FHD, dijana cip AMD Ryzen 5 5500U, grafik AMD Radeon, memori 8GB RAM, storan 256GB SSD dan bateri 56Wh. Bateri menyokong pengecasan pantas menerusi pengecas 65W. Ia adalah sama seperti model MagicBook 15 sebelum ini cuba dengan CPU Intel digantikan dengan CPU AMD. Oleh itu ia masih mempunyai tubuh dengan ketebalan 16.9mm dan juga seberat 1.54 kilogram sahaja.
Komputer riba boleh digunakan bersama telefon pintar Honor menerusi ciri kolaborasi multi-skrin secara terbina. Sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada butang kuasa bersama dengan kamera web yang disorokkan dalam papan kekunci. Pilihan IO pula ialah USB-C, USB 3.2 Gen1, USB 2.0, HDMI, dan bicu audio 3.5mm.