Apple Melancarkan Filem Pendek Sempena Ulang Tahun Ke-10 Kematian Steve Jobs

Diterbitkan pada Okt 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hari ini ialah hari ulang ke-10 Steven Paul Jobs meninggal dunia akibat kanser pankreas. Kematian beliau diratapi peminat Apple kerana beliau ialah insan yang bertanggungjawab dalam penghasilan iPad, iPhone, iPad, iMac ,Mac dan MacBook. Sempena sedekad meninggal dunia, Apple melancarkan sebuah filem pendek bertajuk Celebrating Steve bagi memperingati pencapaian beliau semasa masih hidup.

Bersama dengan filem pendek, sebuah mesej ringkas dari keluang mendiang turut dikongsi menerusi laman rasmi Apple. Malahan jika pelawat pergi ke laman Apple sekarang, mesej ini ialah perkara pertama yang dilihat bukannya produk-produk keluaran Apple seperti biasa. Jika anda berminat untuk menonton video memperingati Steve Jobs ini, sila ke laman Apple hari ini atau YouTube di atas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami