Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai peranti Honor X20 Max telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu, tetapi masih tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Honor mengenai peranti ini. Namun begitu, laporan terkini Gizmochina yang memetik sumber mendakwa peranti berkenaan dijangka akan diperkenalkan sekitar penghujung bulan ini.

Difahamkan, Honor kini dalam persediaan untuk festival membeli-belah 11.11 yang akan datang di China. Melaluinya, jenama ini berkemungkinan besar akan hadir dengan penawaran untuk Honor X20 Max. Tambahan pula, Honor X20 Max juga telah menerima pensijilan daripada pangkalan data CMIIT yang mana mencadangkan bahawa China akan menjadi antara pasaran di mana ia akan dipasarkan kelak – sekaligus menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Honor X10 Max

Menyentuh serba sedikit mengenainya, Honor X20 Max bakal menjadi model kemaskini untuk Honor X10 Max. Ia dikhabarkan hadir dengan skrin berukuran 7.2-inci, mengekalkan panel RGBW, dijana oleh cip MediaTek Dimensity 1100 dan bateri 6,000mAh.Di samping itu, ia juga mungkin meminjam elemen rekaan siri Huawei Mate dan Nova 8i.

Bersama-sama dengannya, Honor juga dikhabarkan bakal berkongsi harga jualan untuk jam tangan pintar baharu iaitu Honor Watch GS 3 yang diumumkan pada bulan Ogos lalu.

Sumber : Gizmochina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd