Cari @ Amanz

Google kini mengumumkan mereka akan melancarkan Google Pixel 6 secara rasminya pada 20 Oktober, pukul 1.30 pagi waktu tempatan.

Google Pixel 6 merupakan telefon Google generasi baharu. Ia hadir dengan sejumlah pembaharuan, termasuk menjadi telefon pertama Google yang menggunakan cip dibangunkan sendiri oleh mereka.

Bagi anda yang meminati “Google Phone”, boleh tandakan kalendar anda pada 20 Oktober ini, dan menonton bersama-sama pelancaran telefon terbaru Google Pixel 6 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd