Carian
Realme UI 3.0 Berasaskan Android 12 Akan Dilancarkan Pada 13 Oktober
October 6, 2021 Aman

Realme Malaysia hari ini mengesahkan yang mana Realme UI 3.0, antaramuka terbaru untuk penawaran perisian Realme bagi telefon-telefon keluaran mereka, bakal dilancarkan pada 13 Oktober 2021 kelak.

Realme UI 3.0 ini bakal berasaskan kepada sistem operasi Android terbaru, iaitu Andorid 12.

Pihak Realme turut mengatakan yang mana Realem UI kini digunakan lebih 100 juta pengguna seluruh dunia.

Realme UI 3.0 dikatakan akan memfokuskan kepada kemudahan kustomasi, selain turut meningkatkan sekuriti dan privasi yang kini lebih dicari pengguna.

Keseluruhan rekaan antaramuka bakal diberikan nafas baharu, dan dinaik-taraf berbanding Realme UI 2.0 sebelum ini.

Peranti pertama yang bakal meneriam Realme UI ini adalah Realme GT, dan ia turut dijangka diperluaskan ke model-model lain selepas itu.

Komen