Carian
Krew Rusia Tiba di ISS Untuk Penggambaran Filem Pertama Di Angkasa Lepas
October 6, 2021 Effi Saharudin

Tiga krew dari Rusia selamat tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) awal pagi tadi untuk melakukan penggambaran filem Challenge. Angkasawan Anton Shkaplerov, pelakon utama Yulia Peresild dan pengarah Klim Shipenko tiba ke ISS menggunakan kapal angkasa Soyuz MS-19  selepas dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome Kazakhstan awal pagi Selasa.

Filem Challenge adalah mengenai seorang doktor yang terpaksa merawat seorang angkasawan di ISS kerana tidak boleh pulang ke bumi. Sekiranya semua berjalan lancar, ia akan menjadi filem pertama melakukan penggambaran di angkasa lepas. Selepas ini tiba giliran Tom Cruise dan Doug Liman pula untuk melakukan perkara yang sama untuk sebuah filem yang masih belum diberikan tajuk. Untuk ke ISS, Cruise dan Liman akan menggunakan perkhidmatan SpaceX dengan pelancaran dijadualkan berlaku bulan ini.

Untuk mencari pelakon utama Challenge, sebuah rancangan TV realiti telah diadakan di Rusia tahun lalu dengan 30 calon kemudian dipilih sebelum Yulia Presild diumumkan sebagai pemenang. Dalam dunia kita semakin banyak menggunakan kesan khas komputer, pembikin filem yang ingin melakukan penggambaran sebenar di angkasa lepas adalah gimik yang unik. Filem seperti Apollo 13 misalmya meletakkan Tom Hanks, Bill Paxton dan Kevin Bacon di dalam pesawat Comet Rocket untuk memberikan pengalaman sifar graviti yang realistik.

Sumber Roscosmos

Komen