Peranti Infinix Seterusnya Mungkin Menggunakan Paparan 120Hz Dan Kamera Telefoto

Diterbitkan pada Okt 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Infinix telah hadir dengan penawaran model baharu menerusi siri Zero X, tempoh hari. Ianya terdiri dengan tiga model berbeza iaitu Infinix Zero X, Zero X Pro dan Zero X Neo yang mana memfokuskan kepada keupayaan kamera.
Terbaharu, jenama ini dikhabarkan dalam persediaan untuk melancarkan telefon pintar baharu di bawah siri Note.

Inifinix Zero X Pro

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi oleh Infinix berhubung perkara ini. Namun begitu, reka bentuk untuknya telah tertiris menerusi beberapa imej sebenar yang dikongsi oleh Xda-developers dan Gsmarena. Ini secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi gambaran kasar mengenainya.

Peranti berkenaan dilihat mempunyai rekaan yang mirip seperti Infinix Note 10 Pro. Ianya lengkap dengan modul kamera berbentuk segi empat di panel belakang, bersama penjenamaan Infinix di bahagian bawah. Namun begitu, susunan sensor dilihat lebih menyerupai siri Zero X yang mana terdapatnya sensor besar di bahagian atas. Kemudian, ia diikuti oleh tiga lagi sensor kecil dan LED Flash pada bahagian bawah.

Jelas kelihatan, ia juga akan menggunakan kamera 64MP untuk sensor utama dan memunyai keupayaan zum telefoto mencapai 30x. Bagaimanapun, ia tidak mempunyai kanta untuk zum periskop. Oleh itu, besar kemungkinan keupayaan zum berkenaan merujuk kepada zum digital.

Seterusnya, ia mempunyai butang kuasa dan aras audio pada sisi kanan yang juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Panel hadapan pula dilengkapi rekaan skrin berlubang pada bahagian tengah. Turut difahamkan, skrin peranti ini juga akan menawarkan sokongan untuk kadar segar semula 120Hz. Di samping, tetapan pilihan kadar segar semula secara automatik yang membolehkannya berubah bergantung kepada keperluan kandungan itu sendiri.

Buat masa ini, masih belum jelas mengenai nama model. Begitu juga dengan butiran lain mengenainya. Namun begitu, spekulasi awal mengatakan peranti ini dijangka tiba dengan cip MediaTek Helio G96. Ia juga dikhabarkan hadir sekitar penghujung bulan ini atau awal November depan.

Sumber : Xda-Developers, Gsmarena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami