YouTube Memadam Akaun R Kelly Selepas Didapati Bersalah Dalam Perdagangan Manusia

Diterbitkan pada Okt 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akaun YouTube milik penyanyi R&B terkenal R Kelly telah dipadam oleh YouTube hari ini selepas beliau didapati bersalah dalam jenayah perdagangan seks di Amerika Syarikat. Penyanyi yang mempopularkan lagi I Believe I Can Fly dari filem Space Jam ini berhadapan penjara sehingga 40 tahun dengan hukuman akan dijatuhkan pada Mac 2022. Akaun yang telah dipadam ialah R Kelly TV dan R Kelly Vevo yang kini memaparkan notifikasi video tidak lagi wujud kerana akaun telah dipadam kerana pemilik melanggar terma YouTube.

Selain didapati bersalah dalam perdagangan seksual, Kelly juga didapati bersalah melakukan pemerasan, eksploitasi seksual kanak-kanak, penculikan, dan rasuah. Sejak lebih sedekad yang lalu mangsa Kelly cuba mendapatkan keadilan di mahkamah tetapi kerana kedudukan beliau yang berpengaruh dalam industri menyukarkan pendakwaan. Hanya selepas beberapa mangsa tampil bersama dan penerbitan dokumentari mengenai beliau Kelly berjaya diheret ke mahkamah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami