Microsoft Surface Laptop Studio Dan Surface Pro 8 Akan Ditawarkan Di Malaysia Awal 2022

Diterbitkan pada Okt 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft Surface Laptop Studio dan Surface Pro 8 adalah dua komputer riba mercu yang dapat kami lihat menarik perhatian pembaca. Ia bukan sahaja berkuasa tetapi mempunyai rekaan yang cukup menarik jika dibandingkan dengan majoriti komputer riba lain di pasaran tempatan. Bagi yang ingin memilikinya, ia akan hanya berlaku pada tahun 2022 menurut laporan LowYat.net.

Kedua-dua komputer riba akan hanya dibawa masuk awa pertama 2022 tetapi tarikh sebenar masih lagi misteri. Surface Laptop Studio mempunyai rekaan unik kerana skrin boleh ubahnya yang membolehkan ia dibaringkan seperti Surface Studio. Sementara itu Surface Pro 8 pula ialah komputer tablet dengan skrin 120Hz, Dolby Vision, cip Intel generasi ke-11 dan tongkat terbina seperti model-model surface terdahulu.

Bagi yang mungkin tidak mahu menanti sehingga 2022, setakat ini hanya Microsoft Surface Go 3 boleh dibeli pada harga bermula RM1888 dengan jualan telah dibuka sejak semalam.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami