Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff yang dilantik menjadi pengerusi Malaysian Digital Economy Corporation sejak bulan Jun tahun lalu dilaporkan telah meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta.
Laman berita The Vibes melaporkan bahawa Datuk Rais dilihat meletakkan jawatannya selepas mengkritik Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Ir Wee Ka Siong mengenai isu maritim dan kabotaj negara yang dilihat menyukarkan syarikat-syarikat teknologi gergasi seperti Amazon, Google. Facebook dan sebagainya untuk membuat tugas-tugas baik-pulih di perairan Malaysia.
Datuk Rais Hussin turut mengatakan bahawa keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi MDEC dibuat pada pertengahan bulan Ogos. Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia adalah dua menteri pertama yang mengetahui tentang beliau untuk meletakkan jawatan.
Pengumuman tersebut juga dilihat dibuat secara rasmi apabila beliau mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah terakhirnya pada awal hari ini,
Sumber: The Vibes