ZTE Blade A71 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM499

Diterbitkan pada Okt 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ZTE mengemaskini barisan peranti pintar keluarannya buat pengguna di Malaysia dengan memperkenalkan ZTE Blade A71. Ia hadir dengan spesifikasi kelas asas menerusi janaan cip Unisoc SC9863A. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM499 dengan satu pilihan warna iaitu Blue.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan menerusi kedai atas talian rasmi ZTE di Lazada dan Shopee bermula 9 – 12 Oktober 2021. Lebih menariknya, 100 pembeli terawal akan menerima hadiah menarik berupa pembesar suara mudah alih bluetooth secara percuma.

ZTE Blade A71 dilengkapi skrin 6.52-inci beresolusi HD+ dengan skrin hadapan bertakuk kecil. Selain daripada cip Unisoc SC9863A, ia juga dipadankan dengan memori 3GB RAM dan storan dalaman 64GB. Bateri pula adalah 4000mAh, di samping peranti ini turut sama menyokong NFC dan VoLTE. Tetapan kamera adalah 16MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula adalah 8MP.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami