Bagi ramai pengguna tempatan, semestinya anda sedia perasan yang mana kita sering menerima SMS berbentuk peringatan berkaitan Covid-19. Bercakap mengenainya, kerajaan kini berkongsi mengatakan sebanyak 12.7 bilion SMS telah dihantar sejak daripada Februari 2020 yang lepas, sehingga Ogos 2021.
Dalam tempoh berkenaan, sebanyak 335 SMS berbeza telah dihantar, kepada 38.6 juta pengguna.
Kerajaan mengatakan tiada kos yang ditanggung kerajaan untuk penghantaran ini, tetapi ditawarkan syarikat telekomunikasi sebagai khidmat sosial mereka.
Sebanyak 13 syarikat telekomunikasi telah terlibat, termasuk Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Altel, Webe, Tune Talk, YTL, XOX, dan Red Oe.