Samsung Mungkin Tangguh Pelancaran Galaxy S21 FE Ke Januari 2022

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kehadiran Galaxy S21 FE masih kekal misteri, sama ada ia akan dilancarkan atau sebaliknya. Selepas pelbagai ketirisan dan penantian sejak beberapa bulan, akhir-akhir ini, ia telah diperkatakan peranti berkenaan mungkin dibatalkan disebabkan masalah pembekalan cip yang dialami pelbagai syarikat seluruh dunia.

Namun, kini laporan baharu hadir mengatakan Samsung mungkin melancarkannya pada Januari 2022 kelak.

Samsung dikatakan mungkin tidak begitu memfokuskan pelancaran Galaxy S21 FE, dan menawarkannya secara terhad dibeberapa pasaran.

Hal ini adalah kerana Samsung turut ingin memfokuskan pada keluarga peranti Galaxy S22 yang baharu pada tempoh lebih kurang sama.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan sama ada pihak Samsung akan melancarkan Galaxy S21 FE pada awal tahun hadapan, atau membatalkannya terus.

komen


© Amanz / 2022 Kami