Twitch Yang Dimiliki Amazon, Digodam Dan Mengalami Kebocoran Data

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitch, salah satu perkhidmatan penstriman video popular yang terkenal dikalangan para pemain video, kini mengalami kebocoran data da telah digodam.

Mengikut apa yang dikongsikan pengodam, ia dikatakan data sebesar 125GB terlibat dalam kebocoran ini, dimana ia turut menyertakan kod sumber untuk Twitch, selain beberapa perancangan pihak Amazon – termasuk perancangan untuk melancarkan kedai permainan video untuk menyaingi Steam.

Pihak Twitch turut mengesahkan mengalami kebocoran data, namun tidak berkongsi lanjut berkenaan apa yang terkesan dan tertiris.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bagaimana pengodam berkenaan berjaya mendapatkan akses, dan mencuri data sebanyak berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami