Twitter Akan Memberi Peringatan Sebelum Anda Sertai Pergaduhan Melalui Bebenang

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perkara yang paling kerap berlaku di Twitter adalah ‘perang’ Twitter, di mana pengguna akan bergaduh, mempertahankan diri, berkongsi fakta dan ada yang tidak setuju serta banyak lagi. Apabila ini berlaku, bebenang di Twitter akan menjadi hangat dan situasinya tegang.

Oleh yang demikian, Twitter kelak akan memberi amaran kepada pengguna sebelum mula membalas sesuatu atau sebelum anda menciap di bebenang dengan situasi sebegini.

Secara tidak langsung membolehkan anda bersiap sedia sama ada ingin turut sertai atau ingin elak. Sama-sama kita nantikan ciri ini diedarkan secara meluas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami