Cari @ Amanz

AMD kini mengatakan yang mana penggunaan Windows 11 pada komputer yang dijana cip pemprosesan mereka mungkin terkesan daripada segi prestasi.

Secara kasar, ia mungkin memberikan pengurangan kesan prestasi sehingga 15% untuk permainan esukan, selain memberikan pengurangan kesan sehingga 5% untuk beberapa aplikasi.

AMD mengatakan kemaskini sistem operasi sedang dibangunkan dalam mengatasi masalah ini, dan dijangka ditawarkan kepada pengguna Windows 11 sebelum penghujung bulan ini.

Bagi anda yang menggunakan komputer berasaskan AMD, mungkin boleh menangguhkan sementara pemasangan Windows 11, dan menantikan sehingga kemaskini perisian ditawarkan untuk mengelak sebarang kesan terhadap prestasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd