Cari @ Amanz

Realme dengan strategi mereka mengikut Xiaomi berpisah tiada. Banyak produk yang Xiaomi sudah bertahun lancarkan, selepas itu Realme juga akan hadir dengan produk yang lebih kurang sama. Robot vakum hampagas, tetikus, komputer riba, TWS dan pelbagai lagi.

Antara yang terkini adalah pembesar suara, mereka sudah ada Realme Pocket Bluetooth Speaker, Realme Cobble Bluetooth Speaker dan juga soundbar Realme 100W Soundbar. Terkini satu lagi pembesar suara telah tertiris yang dikatakan adalah Realme Brick Bluetooth Speaker.

Pembesar suara ini mempunyai pemacu audio dengan kuasa 20W, mempunyai dua unit pemacu yang memfokuskan bass, serta boleh menggunakan Realme Link untuk kawalan penyama. Pembesar suara ini turut akan mempunyai penyinar bass (bass radiator), ketahanan bateri sehingga 14 jam yang boleh dicas melalui USB-C dan menyokong perlindungan IPX5.

Ia dikhabarkan akan dilancarkan pada pertengahan Oktober ini. Berdasarkan imej pada kotak, ia memberi petanda adalah untuk pasaran global. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd