Realme TechLife Air Purifier Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM399

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah penapis udara yang dikenali sebagai Realme TechLife Air Purifier. Ia lengkap dengan penapis High-Efficiency Particulate Air (HEPA) tiga tahap yang berupaya menapis kandungan udara PM 2.5 sehingga 99.95%. Seterusnya, ia juga mempunyai nilai CADR tinggi 330m³/j yang menunjukkan output udara bersih mencapai 330-meter.

Di samping itu, Realme TechLife Air Purifier turut mempunyai penunjuk kualiti udara masa yang bewarna, selain sokongan pemasa yang membolehkan pengguna menyahaktifkan penapis udara secara automatik. Tidak ketinggalan, motor elektrik yang disertakan juga mampu berfungsi dengan senyap tanpa mengganggu pemilik yang sedang tidur. Pada masa sama, penapis udara ini turut diiklankan dengan ketahanan mencapai 2,800 jam lamanya.

Bagi yang berminat, Realme TechLife Air Purifier dijual pada harga RM499 dengan satu pilihan warna iaitu Pure White. Namun begitu, anda masih boleh membelinya dengan harga promosi lebih murah iaitu RM399 pada jualan pertamanya yang berlangsung pada 18 Oktober 2021. Ketersediaan adalah eksklusif di Lazada.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami