Realme TechLife Handheld Vacuum Dan Robot Vacuum Turut Diumumkan – Harga Bermula RM349

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran hari ini turut mempelihatkan Realme Malaysia hadir dengan dua mesin pembersih hampagas nirwayar. Melaluinya, Realme TechLife Handheld Vacuum dan Realme TechLife Robot Vacuum telah diumumkan secara rasmi. Bagi yang berminat, Realme TechLife Handheld Vacuum dijual pada RM399, namun ia boleh dibeli dengan harga lebih murah iaitu RM349 sewaktu jualan pertama yang bakal berlangsung pada 18 Oktober 2021. Sementara itu, Realme TechLife Robot Vacuum pula berharga RM1,999 dan ketersediaan akan diumumkan kemudian.

Seperti namanya, Realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner merupakan mesin pembersih hampagas nirwayar pintar. Ia dilengkapi kuasa sedutan 140W pada kelajuan 10,500RPM dengan kekuatan maksimum 9.5KPa. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai penapis High-Efficiency Particulate Air (HEPA) serba canggih. Bahan mesra alam menjadi pilihan Realme untuk pembuatan penapis ini bagi membolehkannya digunakan semula selepas dicuci.

Seperti kebanyakan mesin pembersih hampagas nirwayar pintar sedia ada, Realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner juga didatangkan dengan beberapa aksesori untuk kegunaan pembersihan seperti berus pelbagai guna. Pada masa sama, ia juga mempunyai sokongan penunjuk tahapa bateri berasaskan lampu LED. Bateri 2,200mAh turut disertakan dengan kemampuan untuk berfungsi sehingga 40 minit lamanya.

Seterusnya, Realme TechLife Robot Vacuum pula merupakan robot penyedut hampagas. Ia lengkap dengan penggunaan sensor LiDAR dengan kemampuan berpusing 360 darjah. Seterusnya, penyedut hampagas ini juga mampu mengenali permukaan yang cuba dibersihkan untuk pembersihan lebih mendalam. Pada masa sama, ia juga boleh dikostumasi untuk pembersihan lebih mendala – misalnya seperti ruangan dapur.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi bateri sebesar 5,200 mAh, ruang tempat simpanan sampah berkapasiti 600ML dan motor dengan kadar kelajuan sedutan 3,000Pa. Sebagai tambahan, ia juga mempunyai tangki air 3000ML yang perlu dibeli secara berasingan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami