Realme Hair Dryer Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM199

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme Malaysia turut sama mengembangkan lagi portfolio produk untuk barangan keperluan harian pengguna di negara ini. Melaluinya, mereka memperkenalkan pengering rambut tersendiri yang dikenali sebagai Realme Hair Dryer. Pengenalannya ternyata memberi lebih banyak pilihan buat pengguna yang gemar sebegini. Bagi yang berminat, Realme HairDryer ditawarkan pada harga RM199 dengan pilihan warna putih. Ketersediaannya bagaimanapun akan diumumkan kemudian.

Dari segi rekaan, Realme HairDryer merupakan sebuah pengering rambut yang ringkas dan minimalis. Ia lengkap dengan sokongan motor 1400W dan kipas yang menghasilkan udara sepantas 13.8m/s. Pada masa sama, pengguna juga usah bimbang soal rambut rosak kerana Realme HairDryer mampu beroperasi pada suhu 55°C dan kebawah.

Melengkapinya juga adalah sokongan tiga lapisan pelindungan rambut. Di samping, sokongan teknologi Ion bagi memastikan rambut kusut dapat dikurangkan untuk penjagaan lebih baik. Lebih menariknya juga, Realme HairDryer ini diiklankan mampu untuk mengeringkan rambut yang panjang dalam hanya 5 minit – yang mana didakwa lebih cepat berbanding pengering rambut sedia ada.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami