Realme Wireless Mouse-Silent Dijual Pada Harga Bermula RM49

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme Malaysia hari ini turut mengumumkan tetikus nirwayar mereka dikenali sebagai Realme Wireless Mouse-Silent. Ia dilengkapi reka bentuk ergonomik, selesa untuk digunakan dan ringan dengan berat hanya 62 gram (tanpa bateri). Dengan ini, ia sekaligus memudahkannya untuk dibawa ke mana sahaja.

Di samping itu, ia juga menggunakan teknologi yang tidak mengeluarkan bunyi ketika ditekan, sekaligus berupaya meningkatkan fokus dan menjadikan pengguna lebih mudah untuk menumpukan perhatian. Seterusnya, tetikus ini menyokong tahap ketepatan sehingga 1,600 DPI yang boleh diubah dan bateri yang digunakan boleh bertahan sehingga 8 bulan dengan sekali pengecasan.

Untuk sambungan, Realme Wireless Mouse-Silent menampilkan penyesuai USB yang perlu disambungkan ke PC atau komputer riba untuk menerima isyarat 2.4 GHz. Bagi yang berminat, Realme Wireless Mouse-Silent dijual pada RM79 dengan pilihan warna Black. Jualan pertama adalah pada 18 Oktober 2021 dan ia boleh dibeli pada harga lebih murah iaitu RM49.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami