Maxis Mula Menamatkan Rangkaian 3G – Bermula Dari Terengganu

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan sedia mengumumkan akan menamatkan rangkaian 3G pada penghujung tahun ini, dan pelbagai syarikat telekomunikasi turut telah mula bersedia dan mengorak langkah persediaan untuk tujuan berkenaan.

Terbaru, Maxis telah mulakan langkah penamatan rangkaian 3G secara berperigkat mengikut negeri.

Melalui apa yang dikongsikan, Maxis telah menamatkan rangkaian 3G di Terengganu, dan akan menamatkannya di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka pada bulan Oktober ini.

Ia akan diteruskan dengan Perak, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak pada bulan November.

Akhir sekali, Pulau Pinang, Johor, dan Lembah Klang dijangka akan ditamatkan pada bulan Disember kelak.

Penamatan Maxis 3GNegeri 
6 OktoberTerengganu
13 OktoberKelantan
21 OktoberPahang
27 OktoberNegeri Sembilan & Melaka
2 NovemberPerak
10 NovemberKedah & Perlis
17 NovemberSabah
24 NovemberSarawak
1 DisemberPulau Pinang & Lembah Klang 3
8 DisemberJohor & Lembah Klang 2
15 DisemberLembah Klang (KLCC)

Langkah peralihan ini adalah supaya dapat terus mengukuhkan penawaran rangkaian 4G kepada pengguna, selain turut bersedia untuk penawaran rangkaian 5G.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami