Rupabentuk Fizikal CPU Intel Alder Lake Diperlihatkan Secara Rasmi Buat Kali Pertama

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri CPU Intel generasi ke-12 Alder Lake akan dilancarkan pada penghujung bulan Oktober ini dengan sejumlah ciri-ciri baru yang dijangka akan mengubah lanskap perkomputeran pengguna di masa akan datang.

Terkini, Gregory M Bryant, Pengurus Besar Client Computing Group di Intel telah menciap sekeping gambar yang menunjukkan seorang jurutera Intel memegang dua CPU Intel Alder Lake tersebut, yang mana ia boleh dikatakan adalah kali pertama seorang eksekutif dari Intel menunjukkan rekaan sebenar CPU tersebut.

Acara pengumuman rasmi siri CPU Intel Alder Lake ini akan diadakan pada 28 Oktober ini, dimana ia dijangka akan dilancarkan pada hari yang sama juga. Dari segi spesifikasi, ia kini diketahui bahawa ia akan menyokong memori DDR5 dan PCIe 5.0, iaitu teknologi penghantaran data yang terpantas setakat ini. Sama-sama kita nantikan pelancaran siri CPU tersebut tidak lama lagi.

Sumber: VideoCardz

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami