Mobvoi TicWatch Pro 3 Ultra GPS Akan Dilancarkan Pada 13 Oktober 2021
Amy Maizuraa
Mobvoi menerusi laman sesawang rasmi dilihat berkongsi perancangan untuk pengenalan produk baru tidak lama lagi. Produk berkenaan adalah Mobvoi TicWatch Pro 3 Ultra GPS dan ia akan dilancarkan pada 13 Oktober 2021. Melihat pada namanya, ia akan menjadi model lebih berkuasa berbanding TicWatch Pro 3 yang kami pernah uji sebelum ini.

Bercakap serba sedikit mengenainya, jam tangan ini mungkin mempunyai sistem seakan ECG, imbasan nadi lebih baik dan beberapa fungsi kecergasan yang dinaik-taraf untuk kemudahan pengguna. Di samping itu, ia juga besar kemungkinan akan menggunakan cip Snapdragon Wear 4100+. Untuk melihat sejauh mana kebenaran spekualasi berkenaan, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya kelak.