Samsung kini berkongsi perkembangan berkenaan arena semikonduktor, dan mengatakan mereka akan memulakan peralihan kepada teknologi penghasilan berasaskan 3-nanometer dan juga 2-nanometer tidak lama lagi.
Memulakan peralihan, Samsung dijangka memperkenalkan cip 3nm pertama mereka seawal pertengahan pertama 2022 kelak, dan generasi kedua cip 3nm pada 2023 kelak.
Cip dengan proses 3nm ini dijangka akan mengurangkan saiz sekitar 35% berbanding cip 5nm, selain menawarkan prestasi lebih 30%, dan penjimatan tenaga sehingga 50%.
Selain itu, Samsung turut mengatakan mereka menyasarkan cip dengan pemprosesan 2nm akan bersedia untuk pengeluaran seawal 2025 kelak.