YouTube Sedang Melihat Untuk Menambah Baik Pengalaman Podsiar

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sedia mempunyai penawaran dinamakan Google Podcasts yang menghimpunkan terbitan podsiar untuk memudahkan pendengar. Selain daripada itu, pada masa yang sama, ramai juga penerbit kandungan yang menerbitkan podsiar masing-masing dalam bentuk video pada YouTube.

Kini, hadir laporan baharu, mengatakan YouTube sedang mencari eksekutif dalam menerajui dan menambah-baik pengalaman podsiar pada platform video berkenaan.

Untuk makluman, pihak Youtube sendiri telah mengumumkan pengenalan siri podsiar mereka tersendiri dalam berkongsi berkenaan dengan peningkatan ekonomi penerbit dan penghasil kandungan pada era kini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada YouTube akan mengoptimasikan dan menawarkan ciri khusus seperti YouTube Music untuk podsiar, Mungkin agak menarik untuk melihat YouTube Podcasts diperkenalkan, dan bersaing dengan pelbagai platform lain di pasaran podsiar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami