Cari @ Amanz

Jabatan Imigresen Malaysia kini menyasarkan untuk mewajibkan permohonan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) secara atas-talian sepenuhnya menjelang tahun 2022 kelak.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan mengurangkan masa orang ramai berada di pejabat Imigresen, selain menjadikan operasi lebih efisien. Orang ramai boleh melakukan permohonan secara atas-talian, dan kemudian mendapatkan pasport berkenaan dengan lebih mudah.

Selari dengan itu, kini ibu pejabat Imigresen di Putrajaya melakukan projek rintis dengan menyediakan kemudahan kaunter layan diri serta pegawai untuk membantu menggunakan sistem berkenaan.

Untuk makluman, sistem ini telah sedia ditawarkan, tetapi pada 2022 kelak, Jabatan Imigresen Malaysia menyasarkan untuk menggunakannya secara menyeluruh, dan menggantikan kaedah permohonan manual di pejabat seperti sebelum ini.

Dengan perancangan untuk membuka sempadan tidak lama lagi, kita akan melihat arena pelancongan kembali aktif bermmula 2022 kelak, dan semestinya langkah ini adalah salah satu perkara yang dinantikan ramai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd