WHO Meluluskan Penggunaan Vaksin Malaria Pertama Dunia

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vaksin untuk jangkitan Malaria telah diperkenalkan sejak daripada tahun 2019, dan kini WHO secara rasminya meluluskan dan mengalakkan penggunaan vaksin malaria pertama, RTS,S atau yang turut dikenali dengan nama Mosquirix.

Malaria merupakan salah satu punca utama ramai kanak-kanak yang meninggal dunia di Afrika. Sekitar 260,000 kanak-kanak Afrika berumur bawah lima tahun yang meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh jangkitan Malaria.

Dalam mengekang Malaria dikalangan kanak-kanak, WHO mengalakkan penggunaan vaksin RTS,S/AS01, yang mana perlu diberikan dalam bentuk 4 dos kepada kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke atas.

Vaksin ini dilihat dapat mengurangkan kes Malaria, sekaligus menyelamatkan ribuan nyawa setiap tahun.

Selain vaksin ini, beberapa syarikat lain yang turut sedang membangunkan vaksin Malaria, termasuk BioNTech yang telah menghasilkan vaksin Covid-19 yang dikenali ramai sebagai Pfizer.

komen


© Amanz / 2022 Kami