Apple : Aplikasi iOS Perlu Menawarkan Ciri Memadam Akaun Dalam Aplikasi Bermula 31 Januari 2022
October 7, 2021
Lain-lain
Aman
Apple kini mengumumkan perubahan terma pada App Store, dimana bermula daripada 31 Januari 2022 kelak, semua aplikasi yang ditawarkan untuk iOS, iPadOS dan macOS melalui App Store, perlu turut menyertakan kebolehan untuk memadam akaun terus daripada aplikasi berkenaan.

Ciri memadamkan akaun perlulah disertakan pada semua aplikasi baharu, atau kemaskini yang ditawarkan.
Dengan langkah ini, Apple menyasarkan pengguna akan mempunyai lebih kawalan terhadap akaun dan data yang dikongsikan pengguna iPhone, iPad mahupun Mac.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.