Cari @ Amanz

Tiba giliran Hadiah Nobel untuk kimia 2021 pula diumumkan hari ini. Benjamin List dan David MacMillan dianugerahkan Hadiah Nobel atas penemuan kelas baharu pemangkin yang digunakan dalam tindak balas kimia. Sebelum penemuan kelas ketiga pemangkin oleh List dan MacMillan, hanya dua kelas dipercayai wujud iaitu logam dan enzim.

Kelas ketiga yang ditemukan pemangkin organik asimetrik (asymetric organocatalyst). Pemangkin organik ini terdiri daripada kerangka karbon dengan unsur lain seperti fosforus, nitrogen, oksigen dan sulfur diletakkannya di dalamnya. Kerana pemangkin ini menggunakan unsur biasa, ia lebih mesra alam dan murah berbanding pemangkin logam seperti paladium.

Kerana ia juga asimetrik, molekul kimia yang ‘bertangan kiri’ atau ‘bertangan kanan’ boleh dihasilkan dengan lebih mudah. Pemangkin biasa akan menghasilkan kedua-dua molekul secara rawak. Sejak pengenalan pemangkin organik asimetrik, ia telah memacu kajian farmaseutikal.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd