Cari @ Amanz

Huawei MateBook 14s telah dilancarkan secara rasmi di hari ini dengan skrin 14.2″ 2K bernisbah 3:2, dijana cip sehingga Intel Core  i7-11370H, grafik Intel Iris Xe, memori sehingga 16GB, storan sehingga 512GB dan bateri 60 Wh. Pengecasan pantas 90W disertakan dengan sambungan menerusi USB-C.

Pilihan I/O pula ialah 2 USB-C, USB-A 3.2 Gen1, HMDI dan bicu audio 3.5mm. Terdapat juga sokongan WiFi 6 dan bluetooth 5.1. Kerana ia komputer riba Huawei, sambungan dengan peranti Huawei lain dengan Huawei Share juga dikekalkan. Pengimbas cap jari diletakkan pada butang kuasa dengan kamera pada bezel skrin turut menyokong imbasan wajah untuk menyahkunci.

Menarik sekali ialah MateBook 14s menggunakan Windows 11 dengan AppGallery bagi menjalankan aplikasi Android. Ciri sokongan aplikasi Android ini sendiri belum diberikan kepada pengguna Windows 11 di luar China.Empat pembesar suara disertakan pada sistem audio Huawei Sound dengan empat mikrofon untuk pengalaman perbualan telesidang yang jelas.

Harga jualan MateBook 14s ialah €940 (~RM4548) dengan cip i5, 16GB RAM dan storan 512GB. Sementara itu model i7, 16GB RAM dan 512GB pula dijual pada harga €1,075 (~RM5201).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd