Cari @ Amanz

Bagaimana Semak Jumlah Wang Yang Telah Anda Belanja Di Shopee?

Oleh Aman

Link Copied!

Shopee merupakan salah satu laman edagang popular, yang digunakan ramai dalam mendapatkan pelbagai barangan. Dengan populariti, dan pelbagai diskaun ditawarkan – ia sering membuatkan kita terbeli sesuatu barangan tanpa sengaja – sekaligus meningkatkan jumlah kita belanja melalui Shopee.

Terbaru, dalam mengetahui jumlah wang yang telah kita belanjakan di Shopee, salah seorang pembangun tempatan menyediakan sebuah kod ringkas yang boleh anda semak melalui pelayar web anda.

Bagi anda yang menggunakan Chrome di desktop, boleh mengikuti langkah berkenaan, dan mengetahui jumlah wang yang telah anda belanjakan melalui Shopee.

Untuk menyemak, anda perlu ke laman Github, dan salin kod yang ditawarkan.

Selepas salin, sila ke laman Shopee, dan pergi ke halaman “Pembelian Anda

Seterusnya, klik-kanan pada laman berkenaan, dan pilih “Inspect

Pada bahagian tab bawah, pilih Console.

Tampal kod yang disalin tadi, dan tekan Enter.

Skrip akan berjalan untuk beberapa saat, dan seterusnya pada penghujungnya memperlihatkan jumlah yang telah anda belanjakan.

Jadi, berapakah yang telah anda belanjakan sepanjang menggunakan Shopee?


Komen ()