Cari @ Amanz

Apple hari ini telah mula menawarkan iPhone 13 secara rasminya di Malaysia. Sebanyak empat model peranti ditawarkan dibawah siri iPhone 13, iaitu iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan juga iPhone 13 Pro Max.

Apple menawarkan sejumlah penambah-baikkan pada siri iPhone 13 ini, termasuk sokongan skrin dengan kadar segar semula yang disesuaikan mengikut aplikasi dan penggunaan, ruangan storan sehingga 1TB, sokongan rakaman video ProRes, dan dijana dengan cip Apple A15 terbaru.

Di Malaysia, iPhone 13 telah boleh dibeli bermula hari ini, 8 Oktober 2021. iPhone 13 Mini ditawarkan pada harga bermula RM3399, iPhone ditawarkan pada harga bermula RM3899, iPhone 13 Pro pada harga bermula RM4899, dan iPhone 13 Pro Max pada harga bermula RM5299.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd