SC Mengarahkan RimauSwap Dan Semua DEX Tidak Berdaftar Menamatkan Operasi Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

SC atau Suruhanjaya Sekuriti, kini telah mengeluarkan arahan untuk RimauSwap menghentikan operasi DEX (Decentralized Exchanged) untuk menamatkan operasi. Pada masa yang sama, SC memaklumkan mereka akan mendapatkan bantuan SKMM dalam menghalang akses ke laman RimauSwap.

SC juga pada masa yang sama telah menambah RimauSwap pada senarai “Investor Alert List”.

Untuk makluman, DEX merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna tukar ganti aset digital antara satu sama lain tanpa melalui orang tengah. Ia sering beroperasi menggunakan protokol mekanisma “Smart Contract”.

SC mengatakan tiada sebarang DEX yang dibenarkan untuk beroperasi di Malaysia buat masa ini.

Pada masa yang sama, SC turut memaklumkan yang mana sekiranya terdapat sebarang entiti yang ingin menjalankan DEX di Malaysia, mereka patut mendaftar sebagai RMO (Recognized Market Operator) dibawah SC.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika berurusan berkenaan pelaburan dan sebagainya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami