Siri Samsung Galaxy S21 dan Galaxy A52 Turut Menerima Ciri RAM Plus

Diterbitkan pada Okt 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ciri menambah RAM secara maya RAM Plus kini turut diberikan kepada peranti dari siri Samsung Galaxy S21 dan siri Samsung Galaxy A52 menurut laporan Sammobile. Kemas kini untuk bulan Oktober mula diberikan bersama tampalan sekuriti mengaktifkan RAM Plus yang menambah 4GB RAM kepada peranti.

Samsung Galaxy A52s ialah peranti peranti dengan RAM PLus sebelum dikembangkan ke peranti lain keluaran Samsung. Samsung akan menyertakan ciri RAM Plus ini kepada peranti kelas mercu dan pertengahan mereka secara berperingkat. Hanya peranti dengan storan UFS sahaja akan menyokongnya kerana storan eMMC tidak cukup pantas untuk digunakan sebagai memori maya.

komen


© Amanz / 2022 Kami