Cari @ Amanz

Pelbagai jenis robot telah dibangunkan dengan sasaran untuk bergerak seperti manusia. Ada yang berkaki dan ada juga menggunakan roda berunut untuk perjalanan di kawasan yang kurang rata. Di Caltech, LEONARDO telah dibina dan ia bukan sahaja boleh berjalan malah boleh terbang, berjalan di atas tali dan juga menaiki papan lungsur.

LEONARDO ialah singkatan untuk LEgs ONboARD drOne. Apabila sedang berjalan dan ia menemui tangga, LEONARDO boleh terbang ke bawah tanpa perlu menuruni tangga. Empat kipas pada bahagian bahu membolehkannya terbang. Seterusnya dengan bantuan kipas, ia juga boleh berjalan di atas tali seperti seorang ahli akrobatik sarkas. Akhir sekali ia turut diajar untuk menggunakan papan lungsur.

obo

Robot ini dibangunkan untuk menguji sistem berjalan hibrid pada robot yang menjadikannya lebih berkemampuan untuk berfungsi di dunia sebenar. Dengan rekaan seperti ini, ia mengingatkan kami kepada rekaan robot dari siri Metal Gear.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd