Celcom : Semua Langganan Baharu Internet Tanpa Had Mempunyai FUP Bermula 7 Oktober
Aman
Celcom kini telah mengemaskini FAQ untuk penawaran pas internet tanpa had, sekaligus mengatakan yang mana semua pas internet tanpa had kini mempunyai had FUP bermula 7 Oktober 2021 untuk pelanggan baharu.
Dengan perubahan ini, pas internet mingguan tanpa had tertakluk kepada had 20GB, sementara pas internet tanpa had bulanan tertakluk kepada had 60GB.
Selepas had berkenaan dicapai, kelajuan internet akan dikurangkan kepada 512kbps sehingga pas tanpa had berkenaan luput.

Celcom mengatakan langkah ini adalah dalam memastikan semua pelanggan pada rangkaian Celcom dapat menikmati perkongsian data yang baik. Celcom turut mengatakan kelajuan 512kbps adalah memadai untuk menikmati sejumlah perkhidmatan internet.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.